MASA ITU EMAS

Tuesday, May 21, 2013

MELUKIS MURAL DI DINDING BANGUNAN SEKOLAH



"BLUE OCEAN STRATEGY"
OLEH GURU-GURU PRAKTIKAL
CIK SHARNA, CIK KALPANA & EN. KUMARESHWARAN


"1 SUKAN 1 MURID"
OLEH GURU-GURU PRAKTIKAL
EN. MUHD HAFIZ, EN. MAAL FIKRI, EN. AYUB & PN. NUR SHUHADAH

GOTONG ROYONG PROGRAM CEKAP TENAGA


MEMBERSIH DAN MENGECAT TAMAN ANGKAT


MEYEMAI POKOK BUNGA


MENANAM POKOK TEDUHAN 


MEMBERSIH KAWASAN SEKOLAH 


MEMBERSIH DAN MENGECAT BATU


MENANAM BUNGA


MELUKIS MURAL


MELUKIS MURAL


MELUKIS MURAL


PEMBERSIHAN TAMAN ANGKAT

MURAL PENJIMATAN AIR BLOK E


MURAL DILUKIS OLEH UNIT KEBERSIHAN SEKOLAH DI BAWAH KELOLAAN 
EN. TAN BENG KION

PROGRAM GOTONG ROYONG MEMBINA RECYCLE BIN PELAJAR TINGKATAN 6


TONG RECYCLE YANG TELAH SIAP.....

Monday, January 21, 2013

PENGENALAN PROGRAM 3K

Program 3K dimulakan pada tahun 1991, bertujuan memastikan semula sekolah mempunyai sistem yang mantap bagi menangani sebarang isu berkaitan dengan keselamatan, kesihatan serta keceriaan sekolah. Selepas 13 tahun perlaksanaannya, mulai tahun 2004, program ini tampil dengan konsep baru yang menggabungkan tiga program berasingan menjadi satu program sahaja yang dikenali sebagai Insiatif Meningkatkan Keselamatan, Kesihatan dan Kecerian Sekolah atau Insiatif 3K meliputi Program Sekolah Selamat,

Program Kesihatan dan Kebersihan serta Program Keceriaan dan Keindahan Sekolah. Penyusunan semula Program 3K dilakukan untuk mengelakkan pertindihan objektif bagi dua program yang dilaksanakan sebelumnya iaitu Program 3K dan Program Peningkatan Keselamatan Sekolah. Pada tahun itu didapati sebanyak 90 buah sekolah rendah dan menengah di seluruh negara menyertainya berbanding 30 sekolah pada tahun sebelumnya.

Program Peningkatan Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Alam Sekitar Sekolah (3K) member peluang kepada mana-mana sekolah yang terpilih merasai hakikat bahawa keceriaan itu sememangnya ada dalam pendidikan. Tanpa mengira dalaman mahu pun luaran, program 3K dilihat mampu menyerlahkan keceriaan sesebuah sekolah yang menyertainya menerusi penekanan kepada meningkatkan tiga aspek utama program tersebut. Sesebuah sekolah yang ‘ceria’ dari pelbagai segi bukan sahaja sedap di pandang mata atau dibanggakan oleh warga masyarakat sekitarnya, malah yang lebih penting ia juga mampu melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik.

Program 3K yang dilaksanakan di sekolah bukan sahaja telah berjaya menambahkan keindahan dan keceriaan sekolahnya, malah turut merapatkan hubungan sesama pihak sekolah dan juga dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta masyarakat setempat. Program inisiatif 3K ini diletakkan di bawah tanggungjawab Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.

MISI,VISI & OBJEKTIF

MISI
SMK Iskandar Shah merupakan institusi pendidikan yang menterjemah, merealisasi, dan membudayaakan komponan Kebersihan,Kesihatan dan Keselamatan.


VISI
Melahirkan generasi berkeperibadian yang seimbang dari segi jasmmani, emosi, rohani, dan intelek menjelang tahun 2015.


OBJEKTIF
Mewujudkan suasana sekolah  yang selamat, bersih, ceria, dan kondusif untuk pembelajaran.

Menerapkan budaya kerja berpasukan yang dapat membawa kepada amalan 3K

Mengadakan perancangan yang dapat meningkatkan kualiti 3K DI SMKIS.

Mewujudkan mekanisme yang dapat mempertingkat aspek-aspek 3K di SMKIS

Sentiasa menilai aspek 3K untuk memastikan tahap peningkatannya di SMKIS

Melahirkan modal insan yang berkeperibadian unggul menerusi pemupukan pengetahuan, sikap, dan amalan yang berkekalan dalam aspek  kebersihan, kesihatan, dan keselamatan

Meningkatkan jalinan permufakatan  dengan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan bagi membentuk sebuah komuniti yang dapat mengamalkan nilai keceriaan, kebersihan, keselamatan, dan kesihatan sepanjang masa.



1.0